Rabu, 10 Disember 2008

My WoRLd CoMPuTeR





PENGERTIAN KOMPUTER
Komputer merupakan satu mesin yang menerima data(input) dan kemudiannya memprosesnya menjadi maklumat berguna dan disimpan dalam storan sekunder untuk kegunaan masa hadapan atau dikeluarkan melalui printer dll(output) Komputer sebenarnya berasal dari bahasa latin computare yang bermakna menghitung kerana luasnya bidang garapan ilmu komputer, para pakar dan peneliti sedikit berbeza dalam mendefinasikan termininologi komputer Kelas-kelas komputer:
# Komputer Mikro (Micro Computer)
# Komputer Mini (Mini Computer)
# Kerangka Utama (Mainframe)
# Komputer Super (Super Computer)
Kenali sejarah komputer... Sejarah bermulanya perkembangan dunia komputer apabila proses pengiraan itu wujud dalam aktiviti seharian manusia dari pengunaan jari manusia sehinggalah kepada alat mengira,maka terciptalah alat yang mampu melaksanakan asas pengiraan iaitu tambah, tolak dan darab. Sejarah perkembangan komputer sebenarnya telah lama bermula sejak tahun 1940 lagi dan ianya terbahagi kepada empat generasi komputer: Generasi Pertama-Tub hampagas ( 1942 - 1958 ) 1. Menggunakan teknologi tiub hampagas (vakum). 2. Berupaya memproses beberapa ribu arahan sesaat,lebih pantas daripada pergerakan alat mekanik. 3. Berupaya menyimpan 10,000 - 20,000 aksara. 4. Menggunakan ingatan teras magnet. Teras magnet adalah gelang-gelang logam yang amat kecil dan boleh memberikan kuasa magnet melalui satu dari dua arah.










TETIKUS

Tetikus (bahasa Inggeris mouse) merupakan peranti input ke komputer yang berfungsi mengawal gerakan penunjuk atau cursor pada skrin paparan. Ia merupakan peranti kecil yang bergerak di atas permukaan keras dan rata. Pada masa kini terdapat beberapa jenis tetikus yang dibahagikan kepada beberapa jenis berdasarkan ciri ciri fizikal dan keupayannya seperti:-
Tetikus bebola dengan wayar.
Tetikus bebola tanpa wayar.
Tetikus optik dengan wayar.
Tetikus optik tanpa wayar.
Tetikus ini amat diperlukan terutamanya sekali apabila menggunakan sistem pengoperasi tetingkap ( Window ) seperti Microsoft Windows, Linux dll. Tetikus memudahkan seseorang pengguna untuk mengendalikan perisian animasi, grafik, dan program desktop publishing. Apabila tetikus digerakkan, penunjuk pada skrin paparan akan bergerak dalam arah yang sama dan ia akan berubah mengikut lokasi di mana tetikus tersebut berada.
Setiap tetikus, pada kebiasaannya mempunyai 1 hingga 3 bebutang dan setiap bebutang mempunyai fungsi yang berlainan. Fungsi-sungsi ini pula biasanya dikawal oleh Sistem Pengoperasian dan perisian. Sebagai contoh dengan memilih => Control Panel =>Mouse, seseorang boleh mengawal samaada hendak mengendalikan tetikus dengan menggunakan tangan kiri atau kanan, bentuk penunjuk, saiz penunjuk, ciri-ciri tetikus dll. Bagaimanapun fungsi tetikus asas masih sama dan biasanya dibahagikan kepada 4 aktiviti utama iaitu: -
Klik atau klik tunggal ( Click atau single click ) – untuk membuat pilihan yang tertentu pada skrin papa
Dwiklik ( Double click ) – untuk membuka dokumen atau memulakan program.
Klik kanan ( Right click ) – untuk memaparkan senarai arah /program pada skrin komputer.
Heret dan lepas ( Drag and Drop ) – untuk proses pemindahan ikon/item pada skrin.

UNIT PEMPROSESAN PUSAT
CPU
atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan operator (operand) dan hasil proses.
Istilah unit pemprosesan pusat juga merujuk kepada bahagian-bahagian pusat yang penting di dalam komputer, seperti cache dan pengawal input/output. Ini merujuk kepada komputer yang menggunakan cip mikropemproses moden. Fungsi-fungsi tersebut (cache, dan kawalan input/output) disertakan di dalam litar bersepadu.
Kebiasaanya, pembekal/pengeluar komputer meja sering menggunakan istilah CPU untuk merujuk kepada kotak atau badan komputer (unit sistem) dan kandungannya. Penggunaan CPU di sini adalah kurang tepat dan mengelirukan.
Reka bentuk CPU sering disebut sebagai seni bina CPU.
Contoh-contoh seni bina CPU:
Intel x86
Zilog z80
IBM System/360
DEC PDP-11, yang kemudiannya diganti oleh VAX
Motorola 6800
SPARC keluaran Sun Microsystem
MIPS keluaran MIPS Computer System
PA-RISC keluaran HP
Alpha keluaran DEC
PowerPC keluaran AIM Alliance
ARM (Advanced RISC Machine), dan StrongARM/XScale
SuperH
Siri UNIVAC 1100/2200 (pada masa ini disokong oleh Unisys ClearPath IX Computer)
1750A, komputer piawai badan tetenteraan Amerika Syarikat
AP-101, komputer dalam kapal angkasa lepas
Beberapa seni bina CPU yang baru muncul termasuk:
Intel Itanium
AMD x86-64
CPU yang penting dalam sejarah:
EDSAC, seni bina pertama yang boleh menyimpan aturcara komputer
Apollo Guidance Computer, yang digunakan dalam penerbangan kapal angkasa ke bulan.
Seni bina CPU boleh juga dikelaskan mengikut rekabentuk CPU, seperti saiz daftar. Pada hari ini, kebanyakan komputer meja mempunyai pemproses 32-bit, dan pemproses 64-bit juga semakin digunakan. Peralatan yang kecil seperti telefon bimbit, PDA, dan permainan video mudah alih menggunakan pemproses 16-bit, atau 8-bit.

PAPAN KEKUNCI

Papan kekunci merupakan peranti yang selalu digunakan dan paling popular untuk memasukkan data ke dalam komputer.
Papan kekunci hari ini pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi tertentu seperti di bawah.
menentukan gabungan 1 dan 0,iaitu kod perduaan, untuk dihantar ke CPU bergantung kepada kekunci yang ditekan.
bersaling tukar antara kekunci besar dan kekunci kecil.
mengulangi kod kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama.
menyimpan secara sementara atau "menimbal" masukan jika kekunci ditaip terlalu pantas.
Penyusunan papan kekunci yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan QWERTY, yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri. Ia biasanya mempunyai 101 kekunci.
Penyusunan ini dibuat bertujuan untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan hampir satu abad yang lalu.
Papan kekunci mempunyai pengawal (controller) dan penimbal (buffer) kekunci. Segala yang ditaip akan disimpan dalam penimbal (boleh lebih daripada satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer setelah menerima isyarat sampukan (interrupt) daripada pengawal kekunci.

MONITOR

Monitor komputer merupakan sejenis peranti persisian output yang berupaya memaparkan aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan diproseskan oleh kad grafik.

Tedapat empat jenis Monitor, iaitu Monitor monokrom, Monitor warna, Monitor segerak berbilang, dan Monitor ELD (Elektro Luminescent Display). Setiap Monitor mempunyai ciri-ciri dan sejarah tersendiri.

Mutu Monitor tergantung kepada beberapa faktor. Yang terutama ialah bilangan piksel yang dipaparkan oleh skrinnya; lebih banyak pikselnya, lebih tajamnya teks dan grafik yang dipaparkan.

Pada awalnya semua monitor adalah dari jenis tiub sinar katod (CRT) sama seperti yang digunakan pada tiub televisyen, namun kini monitor jenis LCD semakin digemari kerana monitor LCD menggunakan ruang yang kecil, ringan serta lebih menjimatkan tenaga elektrik berbanding monitor CRT ..


Isnin, 1 Disember 2008

JanGAN LuPEr k...

JANGAN LUPA ASAL USUL.

menggunung tinggi langit dijulang
jangan lupa kaki terpasak di bumi
jangan turutkan rasmi teratai
pucuk tak cakar langit, kaki tak jejak bumi
resam padi lebih baik
makin berisi lebih tunduk
ingat lah dulu semasa kita susah

pesanan ikhlas untuk yang lupa diri atau yang hampir-hampir lupa diri..

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL